Screen Time yangMendidik
Anak bermain, belajar dan membesarkan pet dinosaur sendiri, melalui game interaktif BM & English untuk umur 3 hingga 6 tahun.
Tak perlu daftar. Terus cuba di browser.
Tekan saya!
Anak seronok di skrin.
Ibu ayah pula risau.
Biar keseronokan bermain datang bersama peluang belajar.
Bersama KIDIK, tanpa iklan dan dengan had masa pilihan ibu ayah.Bukan sekadar main game.
Ada Kidik untuk dijaga.
Pilih dinosaur kegemaran, beri makan dan gayakan wataknya. Selesaikan aktiviti pembelajaran untuk membantu Kidik berkembang ke bentuk seterusnya.
Bentuk baharu dibuka pada peringkat tertentu mengikut kemajuan anak. Pakej menentukan peringkat tertinggi yang boleh dicapai.
Anak pilih kawan sendiri








Jaga & sayang
Beri makan, mandikan, tidurkan. Anak belajar tanggungjawab kecil setiap hari.
Jelajah 10 dunia
Game dibuka satu demi satu ikut peta, jadi anak sentiasa ada misi seterusnya.
Misi harian & Liga
Misi kecil setiap hari dan Kidik Liga buat anak bangga dengan usaha sendiri.
Ikut masa sebenar.
Ikut cuaca sebenar.
Siang Kidik bangun, main dan belajar. Malam Kidik tidur. Hujan, jerebu atau ribut di negeri anda, Kidik pun rasa sama. Anak belajar rutin harian tanpa perlu disuruh.

Cuaca ikut ramalan harian negeri yang ibu ayah pilih.
Belajar asas penting,
tanpa rasa sedang belajar
koleksi penuh
untuk dijelajah
BM & English
dalam app

Huruf & bunyi
Kenal abjad, suku kata dan perkataan pertama.

Nombor & matematik
Mengira, tambah dan tolak melalui permainan.

Logik & memori
Corak, urutan, padanan dan ingatan.

Sains & alam
Haiwan, habitat, cuaca dan kitaran hidup.

Emosi & rutin harian
Kenal perasaan, jaga diri dan tabiat baik.

Kreativiti & cipta
Bina, reka dan mewarna ikut imaginasi sendiri.
Sepuluh dunia, satu demi satu
Game dibuka mengikut peta, jadi anak sentiasa tahu apa yang seterusnya. Dunia 1 hingga 3 dalam Starter, 4 hingga 7 dalam Plus, dan 8 hingga 10 dalam Pro.
Ini skrin sebenar dalam KIDIK
Setiap game ada suara pemandu dalam BM & English, arahan pendek dan ganjaran yang buat anak mahu cuba lagi.

Potong Buah ABC
Leret untuk potong buah yang betul.
Plus
Memancing Matematik
Tangkap ikan dengan jawapan betul.
Plus
Teka-teki Haiwan
Seret kepingan ke tempatnya.
Starter
Kitar Hidup Katak
Ikut katak dari telur ke dewasa.
Pro
Cuba dulu sebelum beli
Main dulu. Belajar sekali. Pelihara Kidik dan main 5 game demo terus di browser.
- Tiada pendaftaran
- Tiada bayaran
- Terus main
Buka lebih banyak game sepanjang Jelajah

































Idea mereka. Ciptaan mereka.
Bina robot sendiri, hidupkan lukisan berwarna pilihan anak dan terokai sains melalui permainan.
Game yang sama, hasil yang berbeza. Ini karya sebenar dari app.
Tiga anak, tiga robot dari game yang sama
Swipe untuk lihat karya lain
Lukisan yang diwarna, kemudian hidup dalam habitatnya
Hidup selepas siap
Robot beraksi, karakter yang diwarna bergerak dalam habitatnya.
Simpan & kongsi
Karya dari game reka & simpan masuk ke Ciptaan Saya, dan ibu ayah boleh simpan sebagai gambar atau klip di Dashboard Pro.
Tiada jawapan salah
Dalam seni bebas, tiada warna betul atau salah. Anak cuba ikut imaginasi sendiri.
Anak seronok. Ibu ayah tenang.
PIN Ibu Bapa
Tetapan, pembelian dan keluar dari Mod Anak dikunci dengan PIN anda.
Had masa skrin
Tetapkan berapa minit sehari. Anak berehat bila masa tamat.
Laporan kemajuan
Lihat game yang disiapkan dan kemahiran yang sedang berkembang.
Tiada iklan
Tiada iklan, tiada pembelian dalam game dan tiada pautan keluar.
Main offline
Game yang sudah dibuka boleh dimain tanpa internet. Bintang disimpan semula bila talian kembali.
Satu akaun keluarga
Profil berasingan untuk setiap anak, dengan Kidik dan kemajuan masing-masing.
BM & English
Suara sebenar dirakam, bukan robot. Tukar bahasa bila-bila masa.
Kandungan selamat
Setiap game disemak untuk umur 3-6. Tiada kandungan luar, tiada sembang.
Bayar sekali untuk pakej pilihan.
Tiada langganan bulanan.
Setiap pakej ialah pengalaman berbeza. Pilih yang sesuai dengan umur dan minat anak.
- 30 game asas: huruf, nombor, warna, bentuk
- 1 profil anak
- Kidik membesar hingga Kidik Scout
- Dashboard ibu bapa & had masa skrin
- Misi harian & Kidik Liga
- BM dan English
- Bonus Ebook Main Ada Masa
- 70 game: 30 Starter + 40 Plus
- 2 profil anak
- Kidik membesar hingga Kidik Nova
- Bahasa, matematik, logik, memori & sains awal
- Dashboard ibu bapa & had masa skrin
- Misi harian & Kidik Liga
- BM dan English
- Bonus Ebook Main Ada Masa
- 100 game: 70 Plus + 30 Dunia Cipta
- 30 game Dunia Cipta: 10 reka & simpan karya, 20 sains & eksperimen
- 3 profil anak
- Kidik membesar hingga Kidik Legend
- Dashboard Pro: laporan kemahiran & galeri karya
- Ciptaan anak disimpan di Ciptaan Saya
- Bonus Ebook Main Ada Masa
Naik taraf kemudian, bayar beza harga sahaja: Starter ke Plus RM20, Starter ke Pro RM50, Plus ke Pro RM30.
Harga tidak termasuk caj pengendalian (FPX, kad kredit & BNPL).
PERCUMAEbook SempenaPelancaran
Kidik App
Main Ada Masa,
Membesar Bersama
Panduan praktikal untuk ibu ayah membina rutin bermain yang jelas dan membantu anak beralih daripada skrin kepada aktiviti harian dengan lebih tenang.
Ayat sedia guna
Sebelum, semasa dan selepas bermain.
Menetapkan batas
Cara menghadapi permintaan "lagi sekejap" dengan tenang.
Aktiviti luar skrin
Idea aktiviti bersama Kidik di luar app.
Pelan keluarga 7 hari
Dengan kad rutin yang boleh dicetak.
Disertakan tanpa caj tambahan dengan pembelian Starter, Plus atau Pro.
Dapatkan KIDIK + EbookBeli dengan hati yang tenang
Bayar sekali
Tiada caj bulanan, tiada caj tersembunyi.
Kemas kini termasuk
Penambahbaikan dan pembetulan untuk game sedia ada, tanpa bayaran. Kemas kini dibuat kerap.
Kemajuan disimpan
Kemajuan disimpan mengikut profil anak, jadi setiap anak ada rekod sendiri.
Ada yang sudi bantu
Ada masalah? Laporkan terus dari dalam app.
Pet kecil.
Pengembaraan belajar yang besar.
Pilih Kidik mereka dan mulakan pengalaman bermain, belajar dan membesar bersama.
Daftar Kidik SekarangAda soalan?
KIDIK direka untuk kanak-kanak 3 hingga 6 tahun. Game Starter sesuai untuk yang baru mula, manakala Plus dan Pro memberi cabaran lebih apabila anak bersedia.
Tidak perlu. KIDIK dibuka terus di browser melalui kidik.app. Anda boleh tambah ke skrin utama supaya ia dibuka seperti app biasa. Memori telefon penuh pun tak jadi masalah.
Boleh. Game yang sudah dibuka kekal boleh dimain tanpa internet, contohnya dalam kereta atau di kampung. Bintang dan syiling disimpan semula sebaik talian kembali. Internet diperlukan semasa mendaftar dan log masuk.
iPhone, iPad, telefon dan tablet Android, serta komputer. Skrin tablet memberi pengalaman paling selesa untuk anak.
Ya. Kidik hidup ikut waktu Malaysia: siang main dan belajar, malam tidur. Cuaca ikut ramalan harian negeri yang ibu ayah pilih dalam Tetapan, termasuk hujan, ribut dan jerebu.
Tiada. Anda bayar sekali untuk pakej pilihan dan semua game dalam pakej itu boleh dimain tanpa had. Pembelian merangkumi game dan ciri dalam pakej tersebut. Game baharu yang dikeluarkan pada masa depan tidak termasuk dalam pakej ini. Jika ada, ia ditawarkan secara berasingan dan pembeliannya adalah pilihan anda.
Harga pakej tidak termasuk caj pengendalian pembayaran (FPX, kad kredit dan BNPL). Caj ini dipaparkan pada halaman pembayaran sebelum anda membayar.
Anda akan terima emel pengesahan. Buka kidik.app dan daftar akaun menggunakan emel yang sama semasa membeli. Pakej anda dibuka secara automatik.
Starter untuk 1 profil anak, Plus untuk 2 profil dan Pro untuk 3 profil. Setiap anak ada Kidik dan kemajuan sendiri.
Boleh, bila-bila masa. Anda hanya bayar beza harga: Starter ke Plus RM20, Starter ke Pro RM50 dan Plus ke Pro RM30.
Tidak. Semua game Dunia Cipta dimain terus dalam app tanpa kamera, mikrofon, AI atau kredit tambahan.
Ebook digital Main Ada Masa, Membesar Bersama diberikan kepada setiap pembeli, tidak kira pakej yang dipilih, bersama emel pengesahan pembelian.
Tiada bayaran balik diberikan kerana KIDIK ialah produk digital yang dibuka serta-merta selepas pembayaran. Sebab itu kami sediakan demo percuma. Sila cuba demo dahulu bersama anak sebelum membeli.
Boleh. Buka kidik.app/demo untuk pelihara Kidik dan main 5 game demo tanpa mendaftar.
Lengkapkan pesanan anda di bawah
Pilih pakej, isi nama dan emel. Guna emel yang sama untuk daftar di kidik.app nanti.
© 2026 KIDIK. Hak cipta terpelihara.
PERCUMAEbook SempenaPelancaran
Kidik App
Main Ada Masa,
Membesar Bersama
Panduan ringkas untuk bantu ibu ayah menetapkan masa bermain, membina rutin dan mengajak anak bekerjasama di luar skrin.