Pendaftaran Akaun

Minimum 8 huruf

Pastikan bermula dengan kod dail negara. Contoh: 60123456789

Terma & Syarat

Program Affiliate KIDIK: Terma & Syarat

KIDIK ialah app belajar sambil bermain untuk anak 3 hingga 6 tahun (kidik.app). Sebagai ejen affiliate, anda mengesyorkan KIDIK melalui link affiliate anda dan menerima komisen bagi setiap jualan yang disahkan.

Komisen
50% setiap jualan: Starter RM25, Plus RM35, Pro RM50. Komisen dibayar secara mingguan, setiap hari Isnin, bagi jualan yang telah disahkan. Rekod jualan, komisen dan status bayaran boleh dilihat di kidik.app/affiliate (tab Komisen) dengan akaun KIDIK anda.

Alat untuk ejen
Log masuk ke kidik.app/affiliate: satu bebenang Threads sedia salin setiap hari, panduan, skrip WhatsApp, dan rekod komisen. Program ini untuk pembeli KIDIK sahaja (mana-mana pakej).

Pantang larang affiliate KIDIK

  1. Jangan letak link affiliate dalam komen iklan atau post rasmi KIDIK (HQ). Link anda di akaun anda sahaja.
  2. Jangan guna nama, logo atau akaun yang menyamar sebagai KIDIK rasmi. Anda ejen affiliate, bukan HQ.
  3. Jangan buat janji palsu: tiada "anak pandai membaca seminggu", tiada diskaun atau hadiah yang KIDIK tidak umumkan.
  4. Jangan spam: tiada DM beramai-ramai, tiada komen link di post orang lain, tiada kumpulan WhatsApp tanpa izin.
  5. Jangan guna gambar anak orang lain tanpa izin. Gambar anak sendiri sahaja, atau skrin app.
  6. Jangan memburukkan jenama lain atau ejen affiliate lain untuk menjual KIDIK.
  7. Jangan guna nama organisasi, tanda dagangan, hak cipta atau nama yang dilindungi dalam promosi anda.

Jika KIDIK dapat tahu ada kesalahan dibuat, KIDIK akan serta-merta mengeluarkan peserta dari program affiliate, dan komisen tidak akan dibayar.

Saya sebagai bakal ejen affiliate, telah BERSETUJU untuk mematuhi segala terma dan syarat program affiliate KIDIK di atas. Saya mengakui bahawa segala butiran yang saya daftarkan adalah tepat dan sah. Dengan menghantar butiran pendaftaran ini, saya tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak pengurusan KIDIK.